Aa
Acan [a-can] usik (dengan tujuan untuk bergurau)
Contoh ayat: awat hang suka acan budak? Tengok dah qheyau.
Maksud ayat: Mengapa kamu suka mengusik kanak-kanak? Lihat, dia sudah menangis.
Acar, acaran [a-caq] My Br tempat membuang kotoran dapur, limbah ; ‘air acar’=air longkang (yg berwarna hitam)
Aci; aci lut main sembunyi (sj permainan kanak-kanak), cekup puyuh
♪Aci lut at-at, aci lut kucing lompat,
Nesta-nesti, Pak Ali tukang cat,♪
♪Bulu kucing, Pak Ali jilat.
Acum adu (oleh kanak-kanak):
Contoh ayat: tu dia nak pi meng~ kat mak la tu / dia mesti nak pergi mengadu kepada ibu tu [sebutan: a-com]
Aik kata yang digunakan sebagai menyatakan kehairanan: Aik, cepatnya hang sampai?
Akas hidup semula: dia macam oqhang yang mati ~ lepayh kejadian tu / dia seperti orang yang mati hidup semula selepas kejadian itu ; ‘balik akas’=kembali hidup [sebutan: a-kayh]
Alap; mengalap Jw mengambil (mengait, menjolok) buah-buahan dgn galah yang memakai pisau atau kait di hujungnya
Anggoi Pl ganggu: Awat hang pi anggoi dia? Sabitla dia maqhah / Mengapa kamu ganggu dia? Patutlah dia marah. [sebutan: ang-goi]
Angkak; terangkak-angkak Pn angkuh, congkah, pongah: dia ~ mengkala dapat jadi pengawayh sekolah / dia berasa angkuh apabila dilantik menjadi pengawas sekolah.
Antah nakal [sebutan: an-tah]
Apuih I Pl 1. penuh 2. melimpah [sebutan: a-puih]
Apuih II Pl tenggelam [sebutan: a-puih]
Asok pasangan menari
Atui Pn atau
Aum borong semua: habeyh baqhang dia ~ satu kedai / semua barang di kedai habis diborongnya.
Awat I mengapa : ~ hang tak mai kemaghen? / Mengapa kau tak datang semalam? →Pasepa
Awat II; awat tak cas padan muka [sebutan: a-wat tāk cayh]
Bb
Badik I Pl putik [sebutan: ba-deyk]
Badik II; membadik Pl menyepak bola dari belakang: tera dia ~ / dia cekap menyepak bola dari belakang [sebutan: mem-ba-deyk]
BahauPl makan
Bahawa Pl ingin
Bakaiawal, permulaan, pertama (perbuatan dll); ‘mandi bakai’=mandi dgn membasuhkan kaki dahulu dan sedikit demi sedikit naik ke atas hingga basah seluruh badan
Bakiak susu basi
Bakim basi
Balas Pl curi [sebutan: ba-layh] →Calas
BaloiMy 1. seimbang, sepadan: upah yg dia bagi, tak ~ dgn qheja yg hang buat / upah yg diberinya tidak sepadan dgn kerja yg kau lakukan 2. balasan (yg setimpal), béla
Baluk Pl malas
Balur I malas ; ‘baluk liat’=pemalas [sebutan: baloq, baloq liat] →Bercinta,Matyai
Beram sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ikan [sebutan: be-gham]
Beran Pl ruam (bintit kecil kemerahan yang tumbuh di badan) [sebutan: beghan]
BalurII jalur bekas dipukul: penuh ~ belakang badan dia kena qhotan dgn pak sebab ketegaq / belakang badannya penuh dengan jalur akibat dirotan ayah kerana kedegilannya [sebutan: baloq]
Bambun cerpelai
Banat 1. hulu, pedalaman, udik: daqhi ~ mana hang mai? / kau datang dari hulu mana? 2. hutan yg tidak dimasuki orang atau belum diterokai, hutan dara ; ‘hutan banat’=belantara
Banduk pemalu [sebutan: bandok]
BangI memasang telinga, mendengar (percakapan yg tidak sepatutnya didengar): hang suka sangat ~ mengkala kami nak bercakap / kau suka sangat memasang telinga apabila kami hendak berbual
Bang II Myazan
Bangsatmengembara, merantau: depa tu beqhangan nak pi ~ seluqhoh dunia / mereka itu berangan hendak pergi mengembara ke seluruh dunia
BantutPl ikan bakar (yg dimasukkan rempah-ratus) [sebutan: bantot]
Ban; batas ban tanah yg ditambak (tempat berjalan) *selalunya dikaitkan dgn jalan satu lorong di sawah padi [sebutan: batayh ban]
Batat Pl tidak mahu empuk, tidak mahu gembur: nasik tu daqhi tadi asyek ~ / nasi itu tidak mahu empuk dari tadi
Béat bp tabiat, kebiasaan: bughok betoi ~ dia, suka gegheyt kuku / buruk benar tabiatnya, suka gigit kuku. [sebutan: bé-at]
Bebal (berasa) tidak puas hati [sebutan: bebai]
Bebalik rujuk (selepas bercerai): sebab sayang sangat kat Aishah, Iman bebalik kat bininya tu / kerana terlalu sayangkan Aishah, Iman merujuk semula isterinya itu. [sebutan: be-ba-leyk]
Béban degil: awat hang tak dengaq kata tak tau, ~ betoi la... / mengapa kamu tidak mendengar kata? degil sungguh. [sebutan: bé-ban] →Dahagi,Ketegar
Bébé bayi
Bébéh; membébéh, terbébéh bibir yang terunjur keluar (sebelah bawah)
Becabu [be-ca-bu] laju, pantas: ~ betoi dia laghi / pantas betul dia lari [sebutan: be-ca-bu] →Desiun
Bécau Plbincang, bual (yang tidak formal): hangpa dok ~ apa ghamai-ghamai ni? / apa yang kalian bincangkan ramai-ramai begini? [sebutan: bé-cau]
Béda habuan (bahagian), untuk: koy hat lebeyh tu ~ hang la / kuih yang lebih itu bahagian (untuk) kamu →Umpuk
Bédak bahagi
Bedemén lebam: muka dia habeyh ~ lepayh bekeley kemagheyn / mukanya lebam-lebam selepas pergaduhan semalam. [sebutan: be-de-mén]
Bedi; sejuk-bedi Pl terlalu sejuk →Gedi
Begenuak Pl banyak, ramai →Bejeram, Berenuak
Bejeram [be-je-gham] banyak, ramai: ~nya kucing tebiaq kat tempat ni / banyaknya kucing terbiar di tempat ini. →Begenuak, Berenuak
Bekah [be-kah] merekah (tanah): tanah bendang ~ sebab pema kemaghau panjang / tanah bendang merekah kerana musim kemarau panjang
Békot [bé-kōt] parang →Belangkung
Belahak (ber)sendawa
Belalak [be-la-lak] hairan; ‘terbelalak’=tercengang-cengang, kehairanan: semua oghang te~ mengkala tengok kelakuan dia / semua orang kehairanan (tercengang-cengang) apabila melihatkan kelakuannya.
Belangkung [be-lang-kong] parang →Békot
Belebau pukul
Beleduh geleduh, besar pada pandangan mata [sebutan: beledoh]
Belemus kotor (berkaitan pakaian, mulut dll): hang makan macam mana? ~ habeyh mulut / bagaimana caranya kamu makan, kotor habis mulut [sebutan: belemoeyh]
Belencéh giat, rajin
Beluh; membeluh Kl menenggala, membajak [sebutan: membeloh]
Belung besar dibandingkan dengan umurnya, lekas besar: anak hang ~ betoi banding dgn anak aku / anak kau berbadan besar jika dibandingkan dgn anakku walaupun mereka sebaya
Beluting Pl Pn kotor →Damuih
Becinta Pl malas, segan: hang tu memang baluk-liat, sughoh buat apa pun ~ / Kau memang pemalas, suruh buat apa pun malas. [sebutan: be-cin-ta] →Balur I, Matyai
Beradun berlagak, sombong: hang baghu lagi kat sini, jangan dok ~ sangat! / kamu masih baru di sini, janganlah berlagak sangat! [sebutan: be-gha-don] →Siru
Berenuak banyak, ramai [sebutan: bqhenuak] →Begenuak, Bejeram
Bereyat Plberitahu: hang ~ mai kat aku cepat, awat jadi lagu tu? / Beritahu aku cepat, kenapa jadi macam itu? [sebutan: be-ghe-yat] →Habar 2
Bertuh Pn berlaga, berlanggar, bersentuh: ~ bahu / berlaga bahu [sebutan: bqhetoh]
Binau pinar
Binjul bengkak [sebutan: binjoi]
Bok I Jh tilam
Bok II batang (pancingan, joran, kail)
Boroi My buncit
Buang Kl tanggal (pakaian, dsb)
Bungkin tertimbun [sebutan: bungkeyn]
Burik bk kemaluan perempuan, faraj [sebutan: buqhik] → Burit
Burit Pr bk kemaluan perempuan, faraj, vagina [sebutan: buqhit] →Burik
Cc
Cabai Id My cili
Calai; mencalai berlari (binatang): kucing tu ~ meqhata / kucing itu berlari ke sana, ke mari
Calas curi [sebutan: calayh] →Balas, Calat Calat I Pl Pr habis: dia makan nasik sampai ~ / habis nasi dimakannya
CalatII curi
Candik perli, menyindir [sebutan: candeyk] →Dajat Cangak Pl sanggul, cucuk rambut, pin rambut
Capoi becok, cakap lepas
Caroi bp cair, tidak pekat [sebutan: caqhoy]
Cas I galak dan gelitak (berkenaan perempuan) [sebutan: cayh]
Cas II sejenis permainan sembunyi-sembunyi dalam kalangan kanak-kanak [sebutan: cayh]
Cedas Kl 1. cepat, cergas, segera 2. segar, sihat [sebutan: cedayh]
Cek Pn 1. saya (dipakai oleh orang yg lebih muda apabila bercakap dgn orang yg lebih tua) 2. awak, engkau, kamu (dipakai oleh orang tua apabila membahasakan orang muda atau kanak-kanak)
*contoh perbualan:-
orang tua: awat ~ tak mai kmaqhen? / mengapa kamu tidak datang semalam?
orang muda: maaf, ~ lupa la / maaf, saya terlupa
Celadang bakul bersegi empat (tempat padi)
Celapak, celapat cepat-cepat, lekas-lekas, (dgn) segera: kawaq tu ~ masok qhumah Pak Ali / pencuri itu memecah masuk rumah Pak Ali dgn segera
Cémé senang: ~ saja dia dapat upah walaupun kita yang banyak buat qheja / senang sahaja dia mendapat upah walaupun kita yang banyak melakukan kerja
Cemuih bosan, jemu, jelak
Cénggéh tenggek
Cengkerawang tidak teratur, tidak keruan, berantakan
Cenuk; minyak cenuk minyak yg diperoleh drpd pohon tengkawung, minyak kawang
Cenuram My gaung, lurah (lereng bukit dll yg curam) [sebutan: cenuqham]
Cering bp malu [sebutan: ceqhing]
Cerot Pn seruan menyuruh gajah memasukkan kakinya ke dlm sengkela ( pasung) [sebutan: ceqhot]
Cerubah sejenis senjata lama [sebutan: ceqhubah]
Céwi Kl Pl suka menunjuk-nunjuk, suka menggaya (memakai pakaian yg cantik-cantik dll): mulala dia nak ~ dgn baju baqhu dia tu / dia nak menunjuk-nunjuk dgn baju baru dialah tu →Ciwi Ci seruan utk memanggil gajah
Ciwi→Céwi Cok bp kemaluan anak lelaki
Com muka masam, rosyom, monyok
Cop I 1. sj alat untuk menggali tanah 2. sj alat untuk mengupas kelapa
Cop II tiup (lilin dsb), hembus
Coriang belang harimau [sebutan: coqhiang]
Cotet; secotet sedikit shj: ~ saja siput yg hang bawak mai / sedikit sahaja siput yg kau bawa kemari →Culin Culin; seculin Pl sedikit, cotet →Cotet
Dd
Dahagi Pl degil →Béban, Ketegar Dahanam Kl bunyi yg kuat, bergempa ; 'berdahanam'=berbunyi dgn kuat
Dahuk terlalu ingin akan hak orang lain *Perkataan ini menggambarkan sifat seseorang yg lebih buruk dari tamak atau haloba [sebutan: daok]
Daih→Das Dajat ejek, perli, usik →Candik Dam Pl ganja, dadah
Damuih Pl kotor →Beluting Dan bp sempat
Danur kotoran ; berdanur kotor, berdaki [sebutan: danoq, bedanoq]
Darai pondan, banci, kedi [sebutan: daqhai] → Bapok, Ponen
Das menghalang (menahan) kaki orang supaya jatuh dgn menggunakan kaki sendiri: nakai betoi dia tu, ~ kaki oqhang / Dia itu sangat nakal, menahan kaki orang sehingga orang itu jatuh [sebutan: dayh]
Dedar kejar [sebutan: dedaq] →Ligan
Dehak; berdehak terkejut, terperanjat, kaget
Dekak Pl pandai, bernasib baik
Demah tumbuh
Demukut temukut
Denak telur yang digunakan untuk mengumpan ayam supaya bertelur
Déne lendir ; berdéne berlendir (nanah) [sebutan: déné, bedéné]
Déngkét Pl berjalan dgn sebelah kaki
Denia; berdenia bergaul: kita kena pandai caghi kawan, jangan sampai ~ dengan oghang yang tak tentu aghah / kita harus pandai memilih kawan, jangan sampai bergaul dengan orang yang tidak tentu arah. [sebutan: be-de-nia]
Dépa mereka →Lépa Depuk Pl sudip nasi, penggembur nasi [sebutan: depok]
Derisip orang yang buta celik [sebutan: deqhisip]
Deruh dengus: dia ber~ lagu lembu / dia berdengus seperti lembu. [sebutan: de-ghōh]
Desiun laju (kereta, basikal dll) [sebutan: desiun] →Becabu Don; buat don buat acuh tak acuh: aku suquh hang buat qheja, hang buat ~ saja / aku suruh kau buat kerja, kau buat acuh tak acuh
Doyok bodoh, dungu, lembap, tolol →Koro
Dudun duyun, bondong: oghang ghamai pakat be~ pi stadium nak tengok bola / orang ramai berduyun-duyun (berbondong-bondong) pergi ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak. [sebutan: du-don]
Duit Pr Pn sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan kerana 10 sen disebut sekupang): 2 kupang 5 ~, 25 ~ / 25 sen
Ee
Éksyen My, éksyén bp (ber)lagak, menunjuk-nunjuk
Éntang peduli, endah: budak-budak tu tak ~ sapa pun / Budak-budak itu tidak peduli pada siapa pun →Gaduh II
Entat bantut (atau tidak boleh menjadi besar) [sebutan: qhentat]
Érong; mengérong Kl menggunting serong: tukang jait tu gunting kaen ~ / tukang jahit itu menggunting kain secara menyerong [sebutan: mengeqhong]
Ésén; air ésén minyak (air) wangi [sebutan: a-yaq é-sén]
Gg
Gabai sesuatu yang lebar dan rata
Gabuih lap, sapu (selalunya dengan menggunakan kain)
Gabuk Pn montel, montok, gemuk (dan pendek) →Tembun, Topoi
Gadi Pn sj kereta sorong
Gadik Pn sebati [sebutan: gadeyk]
Gaduh I bersusah-payah: tak ~ / tidak perlu bersusah-payah [sebutan: gadoh] →Pahadol
Gaduh II peduli, endah [sebutan: gadoh] →Éntang
Galang penyangga ‘galang geta’=kayu penyangga lantai, gelegar ;‘galang kepala’=bantal
Gam mendadak, tiba-tiba, serta-merta
Ganyah pakai selalu: kain songket tu tak boleh (di)~ / kain songket itu tidak boleh dipakai selalu
Gedehok bangsal sementara yang didirikan untuk orang memasak dan menghidangkan makanan ketika mengadakan kenduri kahwin
Gedi; sejuk-gedi terlalu sejuk →Bedi Gelehok lubang besar
Gelemat Kl ‘gelap-~/kelam-~’= gelap-gelita (suasana yang sangat gelap)
Gélong 1. Tidak waras, gila →Toya 2. Terhuyung-hayang: dia jalan ~ macam orang mabok / dia berjalan terhuyung-hayang seperti orang mabuk →Yongyat
Geluh; geluh leher Pn sembelih [sebutan: geloh leheyq]
Gelung kumpulan (orang jahat) [sebutan: gelong]
Gemai padi yang diketam, diikat-ikat dan diirik
Gembut Pn bekas sirih yang dibuat daripada emas
Géncok joget ; 'bergéncok'=menari, berjoget: tarian ~ / tarian joget
Gencuk; menggencuk Pn menumbuk padi dgn memutarkan antan
Gendit Pn tali pinggang (drpd kain, benang dll), kendit, kemendit [sebutan: gendeyt]
Gérék basikal [sebutan: geqhek]
Geruguh Kl sj bubu utk menangkap ikan, ketam dll [sebutan: gqhugoh]
Getak Pn gugur
Gimbul; menggimbul 1. menonjol atau berbonggol pipi kerana makanan 2. gembul, bonggol [sebutan: gimboi, megimboi]
Ginjat berdiri dgn hujung kaki tanpa menjejakkan tumit: Rahman terpaksa meng~kan kakinya untuk mencapai buah itu ; ‘tergincat-ginjat’=terloncat-loncat →Jinjat Goh bonggol di badan binatang, kelasa
Gon Kl tanah (jalan dll) yg makin meninggi, bonggol
Gonyéh kunyah
Guar anak bukit [sebutan: guaq]
Gurih,guris, gurus gores api, mancis [sebutan: guqhuih] →Purih,Puris, Purus
Hh
Gabai sesuatu yang lebar dan rata
Gabuih lap, sapu (selalunya dengan menggunakan kain)
Gabuk Pn montel, montok, gemuk (dan pendek) →Tembun, Topoi
Gadi Pn sj kereta sorong
Gadik Pn sebati [sebutan: gadeyk]
Gaduh I bersusah-payah: tak ~ / tidak perlu bersusah-payah [sebutan: gadoh] →Pahadol
Gaduh II peduli, endah [sebutan: gadoh] →Éntang
Galang penyangga ‘galang geta’=kayu penyangga lantai, gelegar ;‘galang kepala’=bantal
Gam mendadak, tiba-tiba, serta-merta
Ganyah pakai selalu: kain songket tu tak boleh (di)~ / kain songket itu tidak boleh dipakai selalu
Gedehok bangsal sementara yang didirikan untuk orang memasak dan menghidangkan makanan ketika mengadakan kenduri kahwin
Gedi; sejuk-gedi terlalu sejuk →Bedi Gelehok lubang besar
Gelemat Kl ‘gelap-~/kelam-~’= gelap-gelita (suasana yang sangat gelap)
Gélong 1. Tidak waras, gila →Toya 2. Terhuyung-hayang: dia jalan ~ macam orang mabok / dia berjalan terhuyung-hayang seperti orang mabuk →Yongyat
Geluh; geluh leher Pn sembelih [sebutan: geloh leheyq]
Gelung kumpulan (orang jahat) [sebutan: gelong]
Gemai padi yang diketam, diikat-ikat dan diirik
Gembut Pn bekas sirih yang dibuat daripada emas
Géncok joget ; 'bergéncok'=menari, berjoget: tarian ~ / tarian joget
Gencuk; menggencuk Pn menumbuk padi dgn memutarkan antan
Gendit Pn tali pinggang (drpd kain, benang dll), kendit, kemendit [sebutan: gendeyt]
Gérék basikal [sebutan: geqhek]
Geruguh Kl sj bubu utk menangkap ikan, ketam dll [sebutan: gqhugoh]
Getak Pn gugur
Gimbul; menggimbul 1. menonjol atau berbonggol pipi kerana makanan 2. gembul, bonggol [sebutan: gimboi, megimboi]
Ginjat berdiri dgn hujung kaki tanpa menjejakkan tumit: Rahman terpaksa meng~kan kakinya untuk mencapai buah itu ; ‘tergincat-ginjat’=terloncat-loncat →Jinjat Goh bonggol di badan binatang, kelasa
Gon Kl tanah (jalan dll) yg makin meninggi, bonggol
Gonyéh kunyah
Guar anak bukit [sebutan: guaq]
Gurih,guris, gurus gores api, mancis [sebutan: guqhuih] →Purih,Puris, Purus
Ii
Insat Pn tunggu
Jj
Jabu kepul (asap, abu)
Jaraih, jaraih lau bekas (bakul anyaman) untuk mengisi padi
Jegé jegil
Jelan jelir (lidah)
Jelatuh sj tumbuhan (pokok), tempunai, tempuni, mendeleka (mendeluka), perian, tampang, tampaneh, tampunet, tapuret, Artocarpus Rigida [sebutan: jelatoh]
Jerab tidur yg nyenyak; 'tidur jerab'=tidur lena [sebutan: jeqhab]
Jerembab pertemuan yang tidak diduga, ‘berjerembab’=terserempak: petang tadi aku be~ dengan kawan lama aku / petang tadi aku terserempak dengan kawan lamaku. [sebutan: jeqhembab]
Jeremia ungu [sebutan; je-ghe-mia]
Jerempak [je-ghem-pak] → Jerembab
Jinjat [jin-jat] →Ginjat Jongkong sj kuih tradisional Kedah (dibuat drpd tepung beras dan dimakan dgn air gula)
Jum, jom Pn My bp marilah
Kk
Kabui kumbang tanduk [sebutan: kaboy]
Kacat Pr ; 'pinang kacat'=pinang muda (pinang jerkat)
Kahar kasar dan lasak (mengenai sifat seseorang)
Kalu I bp kalau
Kalu II penapis santan yang dibuat daripada buluh atau rotan anyaman
Kalut cepat, teburu-buru, kelam kabut [sebutan: kalot]
Kampoi menggulung, melilit: ~ benang / menggulung benang
Kanyiar mentah, belum matang (berkaitan manusia)
Katuk Pn 1.ketuk (selalunya dengan kuat): ~ pintu / ketuk pintu 2. tepuk: ~ lantai / tepuk lantai [sebutan: katok]
Kawai Pl bp mengambil semua, membolot: jgn ~ kat hang soqhang saja makanan tu / jangan membolot semua makanan itu
Kawar pencuri [sebutan: kawaq]
Kedap pokok padi yang telah dituai, diikat dan dikumpul untuk dibanting
Kelébék melihat dengan teliti
Kelébok lumpur
Kelemuak lumpur yang terdapat di dalam air Kelepir; mengelepir mengibaskan jari (utk mencampakkan ulat dll), mengitai (tangan), kepir [sebutan: kelepiaq]
Keling, keling pelikat Pn India muslim
Kelmarin Sb bp semalam, ‘~dulu’=kelmarin
Keloloh Pn kurang sopan atau tertib (kelakuan atau perkataan), tidak senonoh [sebutan: kelolo]
Kelui My panggil ; 'alat kelui'=sj alat spt telefon bimbit yg hanya boleh digunakan untuk membaca mesej khidmat pesanan ringkas (sms) [sebutan: keloi]
Kemesit kering, kecut
Kemian kemenyan, setanggi
Kemin memintal: misai~ / misai yang memintal
Kendik; berkendik-kendik berjalan terhenjut-henjut (spt orang yg memikul air) [sebutan: kendeyk]
Képak mematahkan sesuatu (yg kebiasaannya keras) dengan menggunakan tangan; terképak patah (benda) [sebutan: ké-pak, te-ké-pak]
Kepuh reban ayam [sebutan: kepoh]
Kerabat Kl Tr panjat [sebutan: qhabat]
Kerap mengipas [sebutan: keqhap]
Kerat bp khatan, sunat: la ni memang pema budak-budak dok be~ / sekarang ini memang musim kanak-kanak berkhatan. [sebutan: ke-ghat]
Kerau keras kerana belum masak betul (berkenaan buah): buah ni ~ lagi la / buah ini masih keras kerana belum masak betul [sebutan: keqhau]
Kerawat kawat berduri [sebutan: keqhawat]
Kerekau cari, hendak mendapat [sebutan: qhekau]
Kereniok lima *perkataan ini amat jarang digunakan, telah bersifat kuno [sebutan: qheniok]
Kerenyih tersengih (senyuman yang menunjukkan bahawa seseorang itu tersengih) [sebutan: qhenyeh]
Kerosék Pl cari [sebutan: qhosék, qhosét]
Kerosot kusut [sebutan: qhosot] →Kerusut Kersau Pn keriting [sebutan: qhesau]
Kerubung Pr sj bekas tempat menyimpan padi (dibuat drpd tikar dan buluh); 'kerubung padi'=sj tumbuhan (rumput), rumput mentebung, rumput pahit, rumput rotan beras, Cyrtococcum Oxyphyllum [sebutan: qhubong] →Terubung Kerunas kopek (cubit dll) sedikit-sedikit (spt orang mencubit kuih atau mengeropeng kudis) [sebutan: qhunayh]
Kerusut Pn kusut [sebutan: qhusut] →Kerosot
Kerutup Pn 1. memakan beramai-ramai sehingga habis 2. mengerumuni untuk menyerang atau memukul [sebutan: qhutup]
Keruyup Pn kuyup [sebutan: qhuyup]
Kesit kurus kering
Ketegar bp degil [sebutan: ketegaq] →Béban,Dahagi Ketéla Id betik, kepaya ; 'ketéla kayu'=ubi kayu, singkung ; 'ubi ketéla'=ubi keledek
Ketenun mentadak, mentadu
Ketit gigit (gigitan yang kecil): kena ~ seqhangga / digigit serangga [sebutan: keteyt]
Ketumbit Pr bintil atau tembel (pada mata) [sebutan: ketumbeit]
Kiat herot, senget (kayu)
Kimbah kais
Koi I makin ; 'koi-koi'=perlahan-lahan, hati-hati: ~ lama, koi baguih / makin lama, makin bagus: bawak qheta tu koi-koi la / pandu kereta dgn berhati-hati
Koi II kuih [sebutan: koy] Koi III 'tanah koi'=tanah yg keras
Kuap; cengkih kuap terjengket-jengket, capik (spt jalan orang yg luka kakinya) [sebutan: cengkeyh kuap]
Kor paip saluran air [sebutan: koq]
Kona belok
Konan, konén sejenis buah, bacang
Kopek Pl Pn dompet
Koro bodoh, lembap, dungu, tolol →Doyok
Kot bp kat, dekat: pi ~ mana? / pergi dekat mana?
Kot-kot barangkali, mungkin, kalau-kalau *perkataan ini hanya digunakan di hadapan ayat: ~ dia tak mai? / mungkin dia tidak datang →Kut, kot
Kuap; cengkih kuap capik, terjengkit-jengkit [sebutan: cengkeyh kuap]
Kucai Pn kacau, ganggu
Kudal sgt kotor, sempedal [sebutan: kudai]
Kung 1. Kl kayu (gading-gading) yg melengkung sebagai rangka rusuk perahu 2. Pl tanda pangkat yg berbentuk huruf V dlm tentera atau polis 3. lingkaran drpd besi tempat melekap tayar, roda, lereng: ~ basikal
Kupang I puluh sen: se~ / sepuluh sen
Kupang II memberi upah untuk melakukan kerja
Kut, kot Pn Pl My Br bp agaknya, barangkali, mungkin *perkataan ini hanya digunakan di belakang ayat: dia tak jadi pi ~? / barangkali dia tidak jadi pergi? →Kot-kot
Ll
La Kl bp sekarang
Labuh memukul seseorang dengan menggunakan tangan [sebutan: laboh] →Tabuh
Lagu Kl seperti ; '~mana'=bagaimana
Lahak I lapar [sebutan: lahaq]
Lahak II tali air yang sangat dalam [sebutan: lahaq]
Lalu selera
Langgah I minum banyak-banyak (dgn sekaligus): ~ air
Langgah II (ketawa dll) dgn kuat dan berlebih-lebihan
Lapoi Pl sj jerat (perangkap)
Larap terlalu sangat, teruk (penyakit), melampau (perbuatan, kelakuan dll) [sebutan: laqhap]
Lasu terlalu masak (buah-buahan), hampir layu (sayur-sayuran)
Latah Pl tidak mempunyai kaki untuk berjalan, kudung kaki
Latu menggunakan sesuatu habis-habisan, iaitu sehingga tidak boleh dipakai lagi
Lau I reban ayam
Lau II; bakul lau sj bakul utk mengisi padi
Layak sejenis tong yang digunakan untuk membanting padi
Layur Pn bp menunjuk-nunjukkan diri, menayang-nayangkan diri [sebutan: layoq]
Lébék; melébék terlipat (mata pisau dll)
Lecar; melecar terkelupas kulit (kerana tergesel dll), lecur [sebutan: lecaq]
Lécé, pelécé 1.kutuk, ejek, merendah-rendahkan seseorang 2. menganiayai seseorang
Lecas Pn 1. (rasa yg) terlalu manis ; 'manis melecas'=(gandaan bg manis) 2. 'lecas leweh'=rasa yg tidak sedap, payau [sebutan: lecayh]
Legas Pl ligat
Lékéh Kllemah, tidak berdaya
Lemah Pl bohong, tipu
Lemari bp almari [le-ma-ghi] →Mari
Lémos selekeh, kotor [sebutan: lémoih]
Lendit tertib (kelakuan) [sebutan: lendeyt]
Lengung; melengung termenung [sebutan: me-le-ngung]
Lépa bp mereka →Dépa
Lepau bahagian depan rumah
Lérang bahagian tandan kelapa yang menjadi tempat bergantungnya buah atau putik [sebutan: léqhang]
Léron Pn berpusing keliling (padang dll) [sebutan: leqhon]
Lesin; pedas-melesin (gandaan bg pedas) pedas benar, sangat pedas [sebutan: pedayh-meleseyn]
Léwar; meléwar Mymerayau, berkeliaran →Lilau
Léwéh leret, labuh (baju)
Ligan 1. kejar: hang kena ~ dgn anjing ka? / kau dikejar anjing kah? →Dedar 2. halau: hang pi ~ dia cepat / kau pergi halau dia cepat
Lilas; habis-lilas (gandaan bg habis) habis langsung, tidak berbaki lagi [sebutan: habeyh-lilayh]
Lilau rayau →léwar
Lit terik ; 'panas lit-lit'=panas terik [sebutan: panayh lit-lit]
Loi Pn lambat (membuat atau mengerjakan sesuatu): hang ni ~ betoi la buat qheja / kau ni lambat betullah buat kerja
Loklak 1. tidak beradab (kelakuan seseorang), kasar, teruk: ~nya dia buat qheja / teruknya dia buat kerja 2. lucah, tidak senonoh [sebutan: loqlaq]
Loklek Pn terjengket-jengket
Lontak Pl bohong
Lonyai berlumpur, becak
Lorat I sakit tenat [sebutan: loqhat]
Lorat II Pn sibuk: Awat yang hang dok loghat sangat dengan hai oghang? / Kenapa kau sibuk sangat dengan hal orang?
Lugai; melugai berasa hendak muntah, loya, mual
Mm
Madah Pn menjemput orang (utk majlis perkahwinan)
Mai Pn mari, datang
Makar kelakar, lucu [sebutan: makaq]
Mampal Pn tumpul (pisau dll), dempak (bentuk sesuatu) [sebutan: mampai]
Mamun Pn 1. mengigau (ketika tidur) 2. mamai →Manyau
Mandom 1. lembap, bodoh 2. tidak bermaya → Doyok, Koro,Manduk
Manduk lembap, bodoh →Doyok, Koro,Mandom Mangli kalis, kebiasaan, lalai (terhadap sesuatu hal): dia dah ~ dgn hai-hai lagu tu / dia sudah lalai dgn hal-hal seperti itu
Manyau Pn mengigau →Mamun, Mayau Mapalus (Minahasa) sj pertubuhan gotong-royong
Maplé Pn pemuda, teman lelaki, kekasih (lelaki)
Mari bp almari [sebutan: ma-qhi] →Lemari Marka Pn gadis remaja, teman wanita, kekasih (perempuan)
Masai bengkak yang kelihatan pada wajah kerana terlalu banyak tidur, terutamanya tidur siang
Masamah Pn sj masakan daging
Matyai Pl penyegan, pemalas →Balur I, Bercinta
Mawa w akwak (sejenis ungka)
Mayau mengigau →Mamun, Manyau
Mea Pl (berasa) pening
Mékmulung sj tarian yg berasal dr Kedah (hampir sama dgn makyung atau menora)
Meladi merayau (gadis terutamanya)
Melahu Pl berjalan dgn tidak ada tujuan [sebutan: melaoh]
Melenggak berehat
Meléwar merayau [sebutan: meléwaq]
Melia Pl melarat, merebak (kudis dll)
Meluh membajak sawah (pd peringkat permulaan), beluh [sebutan: meloh]
Mengéndéh Pl berisi penuh
Mengényéh Pl bergurau
Mengkala apabila, bila
Mengkam senak perut
Merenyam gatal, miang (yg menjadi-jadi): yang hang dok pi ~ dgn dia tu pasepa? / yang kau pergi menggatal dengannya tu kenapa? 'gatal-merenyam'=gatal yg lebih teruk dari merenyam [sebutan: meqhenyam] →Merela
Menyorok (ber)sarapan [sebutan : menyoqhok]
Merap 1. susah, payah 2. melampau, keterlaluan [sebutan: meqhap]
Merela gatal, miang, biang: awat yang hang dok ~ nak menikah sangat? / Mengapa kamu begitu gatal hendak berkahwin? [sebutan: me-ghe-la] →Merenyam
Merelik, Merelit berkilat, bersinar [sebutan: meqhelik, meqhelit] →Merlip, Merlit Merelop senja [sebutan: meqhelop]
Meri anjal, fleksibel [sebutan: me-ghi]
Meringin wangi [sebutan: meqhingin]
Merinin cantik (drpd kebiasaannya) [sebutan: meqhinin]
Merlip, Merlit Pl bersinar, berkilat [sebutan: meqhelip, meqhelit]
Merton martil, penukul [sebutan: mqheton]
Merudum My 1. merosot 2. Pl berlari beramai-ramai [sebutan: meqhudum]
Meruik Pl gerak, bergerak [sebutan: meqhuik]
Moktan rambutan
Monyéh sengih
Monyok My 1. (ber)masam muka 2. bersedih, berduka
Mungkat bp mencari-cari (kemarahan orang dll)
Muntet Pn buncit perut (kerana kekenyangan)
Nn
Nana (Tamil) Pn abang
Nanyan Pl gandar cangkul, taran cangkul
Nasi-sorok nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri) [sebutan: nasik-soqhok]
Nat, pekan nat pasar harian (di waktu siang)
Nenram Pl sj pisau utk memotong padi
Ngong sangat bodok, dungu, tolol
Ni (Mandarin) bp engkau, awak, kamu
Nirai barisan, jajaran [sebutan: niqhai]
Nisyon Pl mabuk (kerana minum arak dll)
Noh bp kata yg digunakan diakhir pertanyaan yg bermaksud ‘ya’: betoi kot ~? / mungkin betul, ya?
Nyerama berebut-berebut untuk mencapai sesuatu [sebutan: nyeqhama]
Oo
Ocok Pn hasut ; mengocok menghasut
Pp
Pa Pn semua ; 'dia pa'=dépa=mereka ; 'hang pa'=kamu semua ; 'saya pa'=sepa=kami
Pahadol peduli [sebutan: pahadoi] →Gaduh
Palat orang yang tidak berguna
Pang tampar
Pasai 1. sebab: ~ pa? /sebab apa? 2. tentang, mengenai
Pasepa bp *singkatan ‘pasal apa’ →Awat
Pedaka Ar papan penutup liang lahat, daka
Pedo berhati-hati
Pedukang lelaki yg mata keranjang
Pék nga sejenis kuih, lempeng
Pekin jimat [sebutan: pekeyn]
Pelacut Pl ; terpelacut terpancut, terpelanting
Pelahau Pr ; terpelahau terlepas (peluang dll), kecewa, hampa
Pélar bk celaka [sebutan: pélaq]
Pelau Pn hampa, sia-sia
Pelenggar Pn pelantar [sebutan: pelenggaq]
Peléra Pn pelihara [sebutan: pléqha]
Pélét Pn pelat, loghat, dialek
Peleting Pn mencuri
Péma musim, masa, waktu → Piama, Pemo
Pemo Pl musim, masa, waktu →Péma, Piama
Pengkalan penggiling; nak bagi hancoq ghempah, kita kena la guna batu ~ / untuk menghancurkan rempah, kita haruslah menggunakan batu penggiling. [sebutan: peng-ka-lan]
Perak hairan, (tercengang) kerana pertama kali melihat sesuatu dsb [sebutan: peqhak]
Perap; memerap meminta sesuatu dengan cara memaksa (terutamanya dilakukan oleh kanak-kanak)
Perasan 1. My megah, merasa bangga diri 2. agak: aku ~ macam tu la / aku agak macam itu lah [sebutan: pqhasan]
Perelus; terperelus terbolos, tertembus [sebutan: tepeqheluih]
Perolok makan lekas-lekas, gelojoh, memolok [sebutan: pqholok] →Polok
Perosah mencuba-cuba untuk membaiki sesuatu meskipun tidak begitu berkemahiran [sebutan: pqhosah]
Peting lenggang ; 'terpeting-peting'=berlenggang-lenggok (utk menunjuk-nunjuk)
Pi Pn Mn Kp pergi
Piama musim, masa, waktu → Péma, Pemo
Piang sangat *digunakan sebagai gandaan kepada sesuatu perkataan ; ‘nipis-~’=terlalu nipis
Pinjul Pn baki
Polok makan dgn gelojoh → Perolok
Pompang Pn sj jaring utk menangkap ikan
Ponen [ponén] pondan →Bapok,Darai
Pongia Pl sejenis pisau untuk memotong padi
Pot; muka pot Pl muka berkedut
Pukal tepat dan bernas (berkaitan jawapan, idea dll) [sebutan: pukai]
Pulun (ber)sungguh-sungguh (dlm melakukan seusatu), usaha: [sebutan: pulon]
Pungkur punggung [sebutan: pungkoq]
Purih,puris, purus Pr lidi atau bilah-bilah yg kecil ; 'puris nyiur'=lidi ; 'puris api'=bilah (anak-anak) mancis api, gurus, guris [sebutan: puqhuih nyok, puqhuih api] →Gurih, Guris, Gurus
Rr
Raba bp getah pemadam [sebutan: qhaba]
Rabung banyak bercakap, sangat ramah [sebutan: qhabung]
Ragan arktujuh [sebutan: qhagan]
Ralit Ph Pn asyik, leka (dengan sesuatu) [sebutan: qhaleyt]
Rambat Br rantai (batu) jala [sebutan: qhambat]
Randuk harimau [sebutan: qhandok]
Rang; tanah rang tanah bendang (sawah) yg terbiar atau gersang [sebutan: tanah qhang]
Ranggah; meranggah bk tertawa (dgn kuat) [sebutan: meqhanggah]
Rangsa angsa [sebutan: qhangsa]
Rap I cuai [sebutan: qhap]
RapII 1. sudah boleh dikerjakan atau disiapkan untuk ditanami (tanah sawah) 2. cekap, cekatan (manusia dan binatang) [sebutan: qhap]
Rapak Kl Ph Pn ; merapak berbunyi riuh-rendah, rancak (rebana dll), berbunyi kuat (pokok tumbang dll) [sebutan: meqhapak]
Rapun Pn kelim yg berkerut, ropol ; berapun 1. ada rapunnya 2. Pn (kiasan) tua : dia dah ~ / dia dah tua [sebutan: qhapun, beqhapun]
Rasak; merasak sesak [sebutan: meqhasak]
Rawat Pl sembuh (penyakit), pulih [sebutan: qhawat]
Reba bp halangan, bala, malapetaka [sebutan: qheba]
Reban Pn runtuh (terutamanya rumah, pokok) [sebutan: qheban]
Redai 1. tempat menjemur ikan (tembakau dll) 2. jaringan besi yg digunakan untuk meletakkan kuih (biskut, kek dsb) yg masih panas [sebutan: qhedai]
Redak 1. lebihan makanan (lauk, kuih dll) 2. butir-butir kecil, habuk, serdak [sebutan: qhedak, sqhedak]
Redih; peredih tempat menanam semaian padi dll tempat meredih [sebutan: pqhedih]
Redum; meredum menutup (jalan dll) dgn dedaunan dll (utk menyembunyikan sesuatu dll) [sebutan: meqhedum]
Rega bp harga [sebutan: qhega]
Regis lidi [sebutan: qhegih]
Rekam; merekam ‘hati merekam’=marah sangat tetapi dlm diam-diam [sebutan: mqhekam]
Rekok, rekot ringkuk: tidoq me~ / tidur meringkuk [sebutan: qhekot, qhekok]
Relah Pn bk putus (jahitan), pecah atau terkoyak (kain, kulit dll) [sebutan: qhelah] →Relus; terperelus Relang Pn 1. lingkaran (dari rotan dll) spt yg dipasang di tengkuk kambing 2. kesan atau cat pd batang dll yg melingkari batang itu [sebutan: qhelang]
Relas I lap
Relas II (curi dgn) mengambil kesemuanya (terutamanya buah-buahan): moktan aku habeyh kena ~ dengan kawaq malam tadi / rambutan aku habis dicuri oleh pencuri malam tadi
Relus; terperelus [sebutan: qheluih; tepeqheluih] →Relah
Remba Pn 1. lumba 2. saing (dlm perlumbaan yg tidak rasmi dll): hangpa jgn dok pi be~, bawak moto tu baik-baik / kamu jgn berlumba-lumba, tungganglah motosikal dgn baik [sebutan: qhemba]
Remban batang kayu kecil (buluh dll) yg dipasang pd titi dll sebagai pemegang ketika meniti [sebutan: qhemban]
Rembang; perembang bp mengacukan (senapang dll ketika hendak menembak dll) dgn setepat-tepatnya [sebutan: peqhembang]
Rempang; rempang bahasa gila-gila bahasa
Rencak giat, aktif, tangkas [sebutan: qhencak]
Réndang I; meréndang meratib saman (amalan tarekat saman – ajaran Abdul Karim al-Saman) [sebutan: qhéndang]
Réndang II sj perahu yg sempit lagi rendah [sebutan: qhéndang]
Réng Kl kudrat, tenaga, riang [sebutan: qhéng]
Rengau cakar [sebutan: qhengau]
Réngkat Pn pincang, tempang [sebutan: qhéngkat]
Réngkék bongkok, rengkeh [sebutan: qhéngkék]
Renguh; merenguh 1. mengeboh, iaitu berbunyi seperti lembu 2. bp menangis dengan agal kuat [sebutan: meqhenguh]
Rénjong tinggi [sebutan : qhénjong] Renut; tali renut sj tali yg digunakan utk mengikat rengga ke badan gajah [sebutan: taliqhenut]
Renyéh senyuman yang melebar dan menampakkan gigi [sebutan: qhenyéh]
Renyuh I Pn tonyoh, menyentuh dengan hujung jari
Renyuh II gocoh
Renyut; merenyut Pn ki terlalu banyak (bilangannya) [sebutan: mqhenyut]
Repuh; repuh pokok sisa-sisa (spt ranting-ranting dll) pokok-pokok yg ditebang dan terbiar (kadang-kadang dilindungi oleh anak kayu) [sebutan: qhepoh pokok]
Retik; tak meretik tidak berani untuk bergerak kerana ketakutan [sebutan: tak meqhetik]
Reyau menangis [sebutan: qheyau] →Teriak
Riang tenaga, kudrat, réng [sebutan: qhiang] → Réng
Rimbuk, rémbuk tumbukan, pukulan, tamparan (yg kuat) [sebutan: qhimbok,qhémbok]
Rimpus; merimpus Pl mengikat keempat-empat kaki binatang yang akan disembelih [sebutan: meqhimpuih]
Rintih; merintih memotong daun kelapa untuk memisahkan bahagian daun dengan pelepah (selalunya untuk dijadikan lidi) [sebutan: meqhintih]
Rodék menjolok atau merodok sesuatu dengan menggunakan kayu yang panjang [sebutan: qhodék]
Rojoh jolok [sebutan: qhojoh]
Rona My warna [sebutan: qho-na]
Rongkah Pl (mem)buka (komponen-komponen sesuatu): motosikal yg dicuri itu telah dijumpai dalam keadaan telah di~ ; merongkah merosaki [sebutan: qhongkah, meqhongkah]
Ronot; meronot menyusup dgn merangkak (spt bergerak di bawah rumah yg rendah lantainya) [sebutan: mqhonot]
Rosyom; muka rosyom muka masam (kerana marah, sombong dll) [sebutan: mukaqhosyom]
Ropin darah luka yg telah mengering [sebutan: qhopin]
Rot masih bertenaga atau kuat untuk melakukan sesuatu, belum berasa lemah atau tidak bermaya [sebutan: qhot]
Rubin, rubing hujung, tebing, tepi (sungai dll) [sebutan: qhubin, qhubing]
Rudum; merudum 1. berbunyi kuat (pokok tumbang dll): apa yg ~ tadi tu? / bunyi apa yg kuat tadi? 2. berlari-lari, bergomol dll hingga menyebabkan bising (terutamanya dlm rumah) [sebutan: qhudum, meqhudum]
Rudul Pl [sebutan: qhudui] →Rudus
Rudus kelihatan mengantuk, kuyu (mata) [sebutan: qhuduih]
Rusam sj alat (batang atau pegangan yg boleh berputar) utk mengajar anak-anak kecil berjalan [sebutan: qhusam]
Ss
Sa mentang-mentang, kerana... maka...
Sabit bp patut (sesuatu yang tidak menghairankan): ~ la dia tak mahu mai, ghupa-ghupanya, ada ghasia / patutlah dia tidak mahu datang, rupa-rupanya, ada rahsia.
Sadap sejenis alat untuk memotong rumput yang mempunyai hulu yang lebih panjang berbanding sabit.
Sakan Kl Tr 1. banyak (barang dll) 2. teruk (penyakit) 3. lebat (hujan) 4. My bp melebih-lebih
Samsam My kacukan, peranakan Melayu-Siam
Sanan sj bau yg busuk (bau badan pemanjat pokok kelapa)
Sanglur gugur anak (pd binatang) [sebutan: sangloq]
Sat bp sekejap, sebentar ; ‘tak sat’=tadi
Satni, satgi Pl bp sebentar lagi
Sawa sejenis buah, iaitu ciku
Sayup Pl lewat [sebutan: sayop]
Sedawa Pl Pn Kl Tr sendawa, belahak
Sé sial Segara laut, lautan
Ségok Pn segan, malu, janggal
Selangkom Pl bekerja dgn bersungguh-sungguh
Selap Pl; selap-selap kadang-kadang
Selépong lumuran, selepat : ~ dgn daqhah / berlumuran dgn darah
Selét Pl ; tak selét tidak berhenti-henti, terus menerus
Seligar Pl selubung, kelubung [sebutan; sligaq]
Selop menangis terserak-serak (sampai tidak mengeluarkan suara)
Seluloi selalu, sentiasa
Semalam bp malam semalam
Semelih bp sembelih [sebutan: se-me-leh]
Senayan Isnin
Senereh [sebutan: seneqheh] →Senerih
Senerih; tersenerih Pl tergesel, tergeser [sebutan: teseneqhih]
Sengiang Pl marah (kpd)
Senging herdik, pekik →Serenging
Sengkela sejenis penyakit kudis atau kegatalan yang berlaku pada bahagian buah kemaluan
Sentak Pl sejenis penyakit yang membuatkan tubuh kaku secara tiba-tiba, sawan →Tarik
Sépa Pn kami
Seram Pl gelojoh (ketika makan) [sebutan: seqham]
Seregai Pl Pn kesat (permukaan) [sebutan: sqhegai]
Seregum Pn kusut-masai (bkn rambut) [sebutan: sqhegum]
Serelum Pn menyarungkan dari atas (spt baju Melayu, songkok dsb) ;'kasut serelum'=selipar [sebutan: sqhelum] Serenging tengking, herdik, pekik [sebutan: seqhenging] →Senging
Serabai serabut [sebutan: sgha-bai]
Serepuh Pl pukul (dengan menggunakan objek) [sebutan: sqhepuh]
Sereyat, seriat Pn berhenti (hujan), reda [sebutan: sqheyat]
Sergai tidak licin atau sama (papan tidak berketam dll), bergerigih [sebutan: sqhegai]
Séron I tempat ayam bertelur
Séron II; bujang séron perempuan yang ditinggalkan oleh suaminya tetapi tidak diceraikan
Seronok My gembira, suka [sebutan: sqhonok]
Seruh 1. pucat lesi seperti baru sahaja sembuh daripada penyakit 2. susut berat badan (akibat penyakit) [sebutan: seqhoh]
Sétbot almari (terutamanya almari pakaian)
Sigai bk pukul, hentam
Sikit; sikit cét bp sangat sedikit →Cotet, Culin
Siru berlagak, sombong [sebutan: si-qhu] →Beradun
Sogék songel
Suku Pl seperempat ringgit (25 sen)
Sulur Pl alas sirih utk pengantin [sebutan: suloq]
Sumba duri atau serpihan kayu yg tajam
Sut Kl hujung, penghabisan (sesuatu)
Syiuk, syok My Br bp seronok, suka
Uu
Umpuk habuan, (bahagian): ni ~ untuk hang / ini bahagian kamu [sebutan: umpok] → Béda
Usyar Pn bp memerhati (dengan tepat dan untuk seketika) [sebutan: usya]
Utau Pl isyarat tangan
Tt
Tabuh memukul seseorang dengan menggunakan tangan [sebutan: taboh] →Labuh
Tagan angan-angan ; 'bertagan'=berangan-angan
Tahana bp 1. 'membuat tahana'=menderhaka 2. Pl bp menganiaya
Tai pokok palma, tal
Takah sejenis kera – kera duku, nilung
Taksat kependekan ‘tidak sat’ atau ‘tidak sebentar’ yang bermaksud ‘sebentar tadi’
Tambang; tambang-malam Pl tidak berlengah-lengah lagi
Tan Pn bp kandang (kuda dll), bangsal
Tandup empangan air (di sungai dll) [sebutan: tandop]
Tang di: dia duduk ~ mana? / dia tinggal di mana?
Tanglar berbuat sesuatu yg sumbang di hadapan khalayak ramai (contohnya: makan di khalayak ramai pd siang hari dlm bulan puasa) [sebutan: tanglaq]
Tarik sawan [sebutan: taqheyk] →Sentak
Tauk buang
Tekoh kadang-kadang
Tembun gemuk, tambun [sebutan: tembon] →Gabuk, Topoi
Temeralang Pl bp tali pd tanduk lembu atau kerbau
Temi tampar
Temukuap genap setahun
Téng bp mengatasi, melebihi, menandingi
Tenggak (pd) ketika, (pd) waktu, masa
Tenggelung sj hantu yg tidak berkepala, penanggalan
Tera I seperti, macam, bagai [sebutan: tqha]
Tera II sementara [sebutan: tqha]
Téra PnPl 1. pandai, bijak, pintar 2. cekap, mahir
Terat sempadan, batasan, perenggan: batu ~ ni la yang jadi peghenggan tanah kita / batu perenggan inilah yang menjadi sempadan tanah kita. [sebutan: teghat]
Teriak Kl menangis [sebutan: teqhiak] →Reyau Terjai Pl tepat (ramalan dll) [sebutan: tqhejai]
Termi menyiku [sebutan: tqhemi]
Terolak bertolak, berangkat, berlepas [sebutan: tqholak]
Terubung Pn Pr sejenis tempat menyimpan padi yang dibuat daripada daun pandan atau kulit kayu [sebutan: tqhubung] →Kerubung Tetungap budu (makanan)
Tibai pukul, rotan, sebat
Tik bp cela, cerca, kritik; mengetik – mencela, mencerca
Tinas menindas dengan menggunakan kuku ibu jari (selalunya kutu) [sebutan: tinayh]
Tocang Pn My ekor kuda (fesyen rambut spt orang Cina)
Tojah tujah, tusuk, tikam
Tokoh; bertokoh kelihatan segak dan bergaya
Toksah bp tidak perlu *Hanya boleh digunakan dlm sesetengah ayat shj: hang ~ qhisau / kau tidak perlu bimbang
Tomos sungkur, sembam: te~ / tersungkur, tersembam [sebutan: tō-mōyh, te-tō-mōyh]
Tongkok; penongkok bahan yang digunakan untuk mensaluti hulu keris
Topoi gemuk →Tembun, Gabuk
Torak, tak torah tidak selesa kerana fikiran yang terganggu [sebutan: tak toqhah]
Toya bp gila, tidak waras →Gélong Tuas Pn dahan-dahan kayu yg dibenamkan dlm air supaya ikan berkumpul [sebutan: tuayh]
Tuat tanda tempat yg banyak ikan (di laut)
Tukal tugal [sebutan: tukai]
Tukung Kl Pn gondol, botak [sebutan: tukong]
Tulah My bala, kutukan yg menimpa akibat menderhakai (orang yg lebih tua, raja, sultan dsb)
Ww
Wailol Pl bodoh [sebutan: wailoi]
Wang; wang-wing berjalan mundar-mandir tanpa tujuan
Yy
Yongyat Pn terhuyung-hayang (perahu dll), olang-aleng → Gélong